Wednesday 14 March 2018

BEAUTY IS PAIN!!! DERMAPEN / MICRONEEDLING / VAMPIRE TREATMENT

Assalamualaikum 

helloooo gohjezzz!!

okeyh.. Sedikit perkongsian dan pengalaman hari ini dalam rawatan Dermapen / Microneedling. Apekah???? 

Apa itu Dermapen / Microneedling?? 👀


Dermapen umpama satu rawatan akupuntur iaitu teknik tradisional perubatan cina yang menggunakan jarum. Bezanya rawatan akupuntur ni lebih pada mengurangi kesakitan dan dermapen ini pula untuk meningkatkan baik pulih kulit.

Akupuntur - Gambar ihsan google


Beginilah rawatan Dermapen/Microneedling  - Gambar ihsan google

Dermapen mempunyai jarum-jarum halus pada ujung mesin (sebab itulah dipanggil microneedling) dan ianya digunakan untuk menusuk ke lapisan atas kulit sambil diluncurkan oleh juruterapi di atas kulit yang dirawat. Jarum-Jarum ini boleh di "adjust" bagi kedalaman tusukannya. Setiap kawasan bermasalah berbeza kedalamannya. Dermapen akan diposisikan secara menegak di atas kulit dan apabila mesin ini dihidupkan, motor yang terdapat di dalam pen akan menggerakkan ianya ke atas dan ke bawah secara pantas berulang kali mengakibatkan kulit wajah akan terluka dan mengeluarkan darah. 😖😖😖Darah???? Ye rawatan ini berdarah.. (well beauty is pain right??)






Kenapa rawatan ini berdarah??


Tujuan utama microneedling ini sebenarnya adalah mencederakan kulit atau bekas parut lama dan merawat tisu parut dengan digantikan dengan kulit yang baru. Rawatan ini juga ada waktu "Downtime" yang kita panggil "Healing Crisis". So sewaktu tempoh ini jugaklah kulit dirangsang penjanaan collagen dan elastin. Kulit akan dirawat dengan semulajadi manakala kulit yang rosak akan tersingkir dan digantikan dengan pertumbuhan sel-sel kulit yang baru menyebabkan kulit menebal dan juga menganjalkan kulit wajah.

So nak kata berdarah ini sebenarnya bergantung pada kulit wajah. Mengikut kata juruterapi cik nurul masa tu, setiap orang kesannya berbeza. Ada orang kulit nipis. Ada orang kulit tebal (macam cik nurul). 

Kulit nipis ni kena berjaga-jaga dengan penggunaan produk yang digunakan. Selalunya produk local a.k.a timbang kilo ni tinggi dengan merkuri. memang jangka pendek kulit awak-awak cantik flawlesssss tapi ada orang yang stop produk begini akan mengakibatkan iritasi pada kulit wajah. Bagi yang terus-terusan pakai pula akan menghasilkan jeragat dalam jangka masa yang panjang. Bila buat rawatan dermapen jangan terkejut bila banyak darah dikeluarkan. (seram gak cik nurul nengok hasil orang lain)

Bagi yang berkulit tebal pula jangan pulak melatah nengok tak berdarah tidak bermaksud kulit kita ni tak okay tau! 

Setakat ini rawatan Dermapen ni telah diuji lebih berkesan dan cepat dari Carbon Peel Treatment ataupun rawatan Laser. Sebab Dermapen ni merawat kesemua sekali masalah kulit.

Benefit Rawatan Dermapen


  • Mengurangkan parut-parut jerawat atau parut berlubang berlekuk macam kawah bulan tu (macam cik nurul lah)
  • Mengurangkan masalah jeragat 
  • Mengurangkan masalah liang-liang pori terbuka
  • Menebalkan kulit yang nipis akibat dari penggunaan produk pengelupasan
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak/ kering
  • Mengurangkan masalah kedut-kedut halus tu/penuaan
  • Mencerahkan kulit juga
  • Mengurangkan parut-parut hitam 
  • Mengurangkan masalah bintik-bintik hitam/putih

Downtime a.k.a Healing Crisis 


Tempoh downtime pada individu berbeza kata juruterapi Pn Amira ada orang kurang dari 7 hari ada yang lebih dari 7 hari. Bergantung pada hormon, faktor penjagaan kulit dan unsur lain juga. Sepanjang tempoh downtime ini, kulit akan menjadi kemerah-merahan, mengelupas dan sensitif. Tapi jangan risau. Ini memang normal bagi proses untuk merawat kulit dengan menggantikan kuit baru. Time ni cik nurul dinasihatkan untuk memakai serum dan juga sunblock.


Kulit cik nurul betul2 selepas rawatan.. Pn Amira kata kulit cik nurul tebal so tak la banyak darah. Merah-merah kelihatan selepas sejam dari rawatan ni. Sampai orang ingat cik nurul allergik hahahha bertabahla...


Bawah ni salah 1 contoh step by step rawatan. CONTOHHH yeee.. nak bagi u alls clear.. lain tempat lain prosedur nya mengikut pulusss pulusss awakkk... 😀😀


Kalau ada sesiapa berminat nak buat dermapen boleh jugak check Instagram  SM. EMPIRE. Cik nurul setakat ini berpuas hati dengan treatment yang Pn Amira lakukan. So tunggu Diari Dermapen Cik Nurul pulak ok?? daaa~~

69 comments:

  1. Replies
    1. depends juga pada beautician selalu nya rm170 dan ke atas...

      Delete
    2. Saye ade buat sis pelbagai rawatan termasuk dermapen hanye Rm 99 shj sekali rawatan🥰
      Boleh Dm 01137663786.

      Delete
  2. Sy pun bru 3 hari buat dermapen... mmg xde darah keluar...merah je mcm sunburn...hahahaaa... tp mse letak mask kt muka (mask dr medispa khas utk slps raw dermapen) ade keluar sket darah tp tak byk... tak sabar nk tgk result slepas 7 hari ��

    ReplyDelete
  3. tempat saya buat dermapen nasihat kan jangan pakai apa apa sublock ke skincare apa apa even pencuci muka pun. hanya gunakan air bersih je . takpe ke kita tak pakai sunblock serum or moisturizerr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. kat saya punya tempat pun sggest mcmtu.. spjg healing process just cuci air biasa..dlm one week gtulah.. just bila kulot dh start mengelupas dlm hri ketiga atau keempat mcmtu boleh je spray dgn face mist je..cuci2 air biasa pastu lap2 then spray.. scond week bru boleh apply skincare mcm biasa

      Delete
  4. eh siyes lah? sy dh pergi 2 tempat.. mmang wajib pakai sunblock... sleeping mask... serum.. face mask pun wajib pakai... cuba korg check kt youtube juga...?

    ReplyDelete
  5. Ya,.sy pon baru 3hari buat,.beautician bgth jgn apply apa2.cuci air biasa@air sejuk..dbekalkan aloevera utk sejukkan kulit.Sunscreen mmg suggested pakai, sbb sy kerja outdoor. Untk protect kulit muka,.dan kena pakai face mask 😗
    Skrg kulit tgh mngelupas

    ReplyDelete
  6. Keluar jerawat pada hari kedua selepas rawatan tu konsider normal ke? macam jerawat pasir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normal sis..sy pun mcm tu..Ni Kali ke 2 buat lepas 2minggu baru okay plus mkin halus muka

      Delete
    2. Sma la sya pon msuk hri kedua muka jdi brminyk smcm pstu ada jerawat² pasir timbul..jdi gtal² tpi tnya dia ckp gatal² tu normal tpi jngn garu je

      Delete
    3. Sy pun sama dah 2 minggu buat utuk jeragat tp masalah hitam jeragat mkn nmpk dan mula tumbuh jerawat..tp Dia kt skrng jeragat dah mula pecah ..4 hb ni buat utuk kali ke 2..harap2 semakin.ok..ramai2 kwn2 yg stop bila muka nmpk mcm kulit jd gelap lg2 bhagian jeragat dan mereka x sambung treatment..sy pun jd takut

      Delete
    4. Bape lame masa/hari (gap) antara rawatan pertama dengan rawatan kedua?

      Delete
    5. Bape lame masa/hari (gap) antara rawatan pertama dengan rawatan kedua?

      Delete
    6. saya just nak share experience..saya pun baru buat dah 2kali.. first buat, jeragat jdi makin byk & ketara dan muka jdi kusam.. sebabkan saya dh amik package utk 5kali treatment dan dah buat full payment, saya teruskan jgk.. baru nie, saya buat untuk kali kedua, muka dah start mengelupas tetapi jeragat still msih nmpk hitam..tpi muka nmpk cerah skit la..

      Delete
    7. Smaa i buat kulit jdi gelap..oo sedih nye day 7

      Delete
    8. Saya dh lebih 5 kali buat dermapen.. parut lekuk memang nmpk ketara dh kurang sbb bekas jerawat batu.. tp yg sedihnya jd cam jeragat.. padahal kulit sy xde jeragat..😭😭 mgkin sy terdedah kpd cahaya matahati @ panas kot.. jeragat sy ni dh hampir 4 tahun x hilang2.. lpas dermapen kena cuci muka ngan air tapis..amat disarankn.. pastu sunscreen wajib pakai untuk elak muka burn sebab lpas mngelupas sel kulit baru akn klua..kna pkai 3-4 jam sekali..

      Delete
  7. First the patient is guided in regards to the strategy. After this, nearby sedative creams are applied as a thick coat everywhere throughout the face. Next the patient is approached to sit tight for 1 hour for legitimate soporific impact to occur.
    Microneedling treatment in Manhattan

    ReplyDelete
  8. Rawatan ni boleh x hilangkan hyperpigmentation?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah melasma boleh berkurangan tetapi mesti konsisten... setelah 3 kali, nampak hasilnya

      Delete
  9. Maaf ye, saya nak tanya. Ada certain kawan saya bgtau dermapen ni xboleh dari segi agama, sbb cucuk something dlm kulit. Jadi saya nak tahu, sebenarnya boleh ke? Tak boleh? Maaf ye, saya dah search tapi tak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau begitu, bekam tak bolehla. sbb masuk jarum juga

      Delete
    2. Bekam kuarkan darah sis.. Ni dermapen yg x bole yg sulam bedak tu.. Yg masukkan bb cream kt dlm kulit.. Nnti wudu' x lepas.. X dpt msk kulit.. Die tahan brp lm x pasti.. Tp klu dermapen yg masukkan essence or serum tu x de masalah rsnye.. Sbb air masih bole diserap msk dlm kulit

      Delete
    3. Merepek kwn ko tu. Jangan kwn dgn dia dah

      Delete
    4. Saya pn ada terbaca..betul kata hajar..sulam bedak xboleh..dermapen ni guna jarum untuk lukakan lapisan kulit nk bg sel kulit baru klua n parut yg hitam @ berlekuk akn berkurangan..

      Delete
  10. Sy baru lps bt laser buang taik lalat..lps tu doktor suruh bt dermapan.staff kat klinik tu ckp kos dlm rm700.mhl plk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape kena mengena buang taik lalat dgn dermapen 😂

      Delete
    2. Sbb muka sy byk parut jerawat

      Delete
  11. Dah hampir sebulan buat.. Selepas 2 minggu muka memang nampak berubah cerah.. Tapi masuk ke 4 minggu bekas jena cucuk tu timbul jeragat hitam mcam lebam.. Bgaimana nak hilangkan lebam hitam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulit perlu cukup hydration serum..Moisturiser..wajib pakai.. untuk brightening pakai Vit C serum..sebelum tidur..

      Delete
    2. Saya tidak berani nak buat rawatan apa2 kat muka. Tak nak ambik risiko . Kagum dengan korang yang berani. Saya hanya amalkan makan shaklee saja untuk kulit.

      Delete
  12. Hai.. Sya dh 3ari buat dermapen.. Normal ke klau keluar jerawat.. Risau pulk sya.. Lps tu gatal..lps tu kulit saya mcm ad kesan merah mcm melecit sikit di bhgian dagu.. Mungkin sansetif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normal gatal2 sbb kulit tgh mengelupas..jerawat pon ada naik kdg2..sya kena kat pipi mcm melecet tu tp xpe letak je serum n pakai sunblock..

      Delete
    2. Saye pun baru buat dermapen. Ni masuk mggu kedua. Muke sye dh start gatal2 yg amat lepastu naik macam ruam2 kecik 1 muke. Mmg gitu ke? Risau pulak lpstu sye smpai dh masuk mggu kedua ni. Tak pkai apa2 just sunscreen je. Ke dh bole start pkai skincare ye?

      Delete
    3. haah sme la bru buat smlam hri ni kluar jrwat psir

      Delete
  13. Hi, semua ada sapa2 bleh rekomen tmpt nk buat di kaw seremban tak, klu klinik dr. Khoo mahal, tak mampu..

    ReplyDelete
  14. Several types of microneedling devices are currently available, but in our professional experience, the most powerful microneedling system is Dermapen. In the Skinovate clinic we use the latest model: Dermapen 4, which guarantees a safe treatment and predictable results. dermapen

    ReplyDelete
  15. Serum & sunblock apa yg bagus guna?

    ReplyDelete
  16. U pergi buat tretment bape kali sis. How much per session

    ReplyDelete
  17. saya baru buat dermapen kali pertama dlm hidup hihi...rsa msa buat tak sakit ,lpas abis ubat kebas skit skit huhu lpastu hari ke dua dh ok..muka sy pin gatal dn ad jerawat normal dr ckp

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesan lepas buat sekli tu ok x sis..ok ke kalau buat skli je

      Delete
  18. Hai nak tanya. Saya cuma ada masalah parut dekat hidung je. Berapa average cost nak buat rawatan ni yaa? Dan berapa sesi agak agak?

    ReplyDelete
  19. Hai nak tanya. Saya cuma ada masalah parut dekat hidung je. Berapa average cost nak buat rawatan ni yaa? Dan berapa sesi agak agak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy buat dermapen, cost rm333

      Delete
    2. Okey tk muka tu..rasa mcm nk buat..jeragat dh byk keluar

      Delete
  20. Mcm mana cara makan lepas amik dermapen??boleh suggest x pemakanan mcm mana?tq

    ReplyDelete
  21. Thank you for sharing such a beautiful information dermapen treatment in dubai

    ReplyDelete
  22. berapa lama nk hilang kesan merah ii tu?

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Maaf bertanya,..aloe vera gel okey ke guna utk selepas dermapen..sbb saya rasa kulit saya mcm keting

    ReplyDelete
  26. Hi Averyone maaf ye tumpang iklan Am austhetic service nak provide pelbagai treatment yang kami lakukan ,buat masa terkini kami ade Provide Home to home service Seperti whitening drip, ,dermapen,waxing jgak termasuk dengan harga yang berpatutan 😊

    Boleh DM untuk slot booking🥰
    01137663786

    ReplyDelete
  27. thanks for sharing useful information.also visit my blog Microneedling Treatment for Acne Scars Cost

    ReplyDelete
  28. Thankyou For sharing a beneficial information. Wonderful blog & good post. Its really helpful for me kindly visit my blog dermapen microneedling in dubai

    ReplyDelete
  29. Thanks for sharing such a valuable information it was very helpful microneedling treatment for acne scars in dubai

    ReplyDelete
  30. Macamana nak ilangkan lebam yg mcm sunburn tu...😭😭😭 7 day tp mcm x ilang jer ..jadi trumaa

    ReplyDelete
  31. Hr ke 5 buat dermapin muka msh mengelupas bekas jeragat lebam risau pulak bila baca mcm mcm... akan jadi ok ke muka nanti...tujuan nk cantk jgn nanti bertambah terukk...haduhh risau pulak

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum. Hai, nak tanya sikit. Apa hukum buat dermapen/ microneedling/ vampire treatment ni? Haram ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukum nya harus .. sbb dermapen ni bukan berubah ciptaan tp dermapen ni hanya untuk merawat..so merubah dgn merawat berbeza ya kakak..kalau muke bermasalah selalu di kata2 orng , rasa malu nk jumpa org so wajib lah buat tak ada apa masalah.. tp kalau tukar kepala dgn lisa blackpink itu haram 🤣🤣🤣🤣

      Delete
    2. buat sekali ok x sis..ke mmg kne buat bnyk kali

      Delete
  33. Jd was2 pulak nk buat lg .bru first try...tp dh bayar utk 5 rwatan..nk mintk buat treatment biasa jelah lepas nih

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete