Sunday 18 March 2018

17.02.18 - E-day #NURIF

<SCRIPT LANGUAGE="javascript">  function click() { if (event.button==2) { alert('Sorry, this function is disabled.') } } document.onMouseDown=click </SCRIPT>




One Step Closer..


Alhamdulillah... 1 langkah telah diambil. Sudah 5 tahun cik nurul hidup sebagai ibu tunggal. 4 tahun berkawan mengenali hati budi masing-masing akhirnya Allah membuka jalan untuk kami disatukan. Langkah yang kami pilih sebenarnya hanyalah merisik. Tiada pun bertunang. Kalau boleh nak terus ke perkara yang wajib. NIKAH hahah! Bukan gelojoh ye.. tetapi kami ambil alternatif ni kerana kos hidup yang kian tinggi. Kami tidak pernah peduli pun apa orang nak cakap.  

BILA NAK KAHWIN?? CEPAT-CEPATLAH KAHWIN. APA YANG DITUNGGU LAGI?? 

my face when they ask bout marriage hahaha
Kepada bakal-bakal pengantin. Terutama ibu tunggal/duda. Ini biasa!! hahah. Kita jangan pulak nak membalas-balas. Kau buat je lah muka pokerface tu. Masuk kanan keluar kiri. hahahhah  4tahun tau bersabar dengan mulut orang. Orang bercakap kite senyum je lah. Tak kan kita pun x percaya pada qada & qadar Allah ye dak?? Cik nurul dgn komitmen anak-anak so sangat perlu bagi kami utamakan yang penting. Siapalah kita untuk menolak perancangan Allah. Orang tidak faham situasi kita dan hanya Allah yang mengetahui. Bila Allah dah kata ini saatnya, tidak terlambat dan tidak terlalu cepat. Bahkan hati manusia ini Allah yang pegang. sampai saat itu lah segalanya dipermudahkan dan terbuka laluan. 😄😄


Pertunangan Diam-Diam a.k.a KOBOI!!

Okeyh! sebenarnya nak bercerita tentang majlis pertunangan cik nurul ni. Sebenarnya niat kami tidak ada pun majlis pertunangan. Dan tidak pun dihebohkan kepada sesiapa walaupun kawan-kawan terdekat. Niat asalpun cukup sekadar yang basic je iaitu merisik. No baju bagai. No pelamin. Yang dihadiri hanya wakil dari keluarga cik nurul dan juga keluarga si dia. Majlis diadakan dirumah maksu cik nurul di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Yelah, cik nurul ni anak yatim. Abah dah hampir setahun pergi tinggalkan cik nurul. So family la tempat cik nurul nk menumpang kasih.

Cik nurul dan en tunang tidak ada peruntukan untuk bermimpi di siang hari untuk meraikan 1 majlis pertunangan yang "Grand". Tak ada ok. Koboi je kalau boleh. Yang penting niat kami untuk menghalalkan status kami. Fullstop. 


Seminggu sebelum majlis merisik. Maksu cik nurul whatsapp cik nurul. Menyampaikan ada hajat yang nak melihat cik nurul ni bertunang. Faham tak perasaan cik nurul time tu. Terkejut dan blur. Yelah dalam tempoh seminggu nak prepare apa-apa yang patut. Biar betul????


Cik nurul ni agak tegas sebenarnya. Bukan apa kita sedar diri ukur baju biar dibadan sendiri. Bila berbincang dengan si "dia" alhamdulillah kami dibukakan hati dan kami setuju. Tapi syaratnya adalah sesimple dan simple je, Hantaran pun sekadar cukup syarat untuk nampak meriah je. Sebab kami pun tak nak menghampakan keluarga juga. Kami akur sambil dok kira-kira budget siang malam. Hati berdeborrrr weyhh mana nak cekau duit nih??? huhuhu~ redha~~


Majlis Pertunangan D.I.Y @ Simple


DIY pelamin 

Tempat duduk tu sebenarnya meja kopi hahhah


Gubahan dari makcik cik nurul

ha yang ni cik nurul buat.. seni x?? hahha

Hantaran dari kami. 3 berbalas 3.


Alhamdulillah. Cik nurul bersyukur mempunyai family yang superb kreatip. hahah. Segalanya di perindahkan sendiri. Last minit sempat jugak lah grab 1 baju. Dalam tak nak ada baju bagai akhirnya ada juga baju untuk diri sendiri dan anak-anak. Itupun nasib ada SALE. Kalau tidak harap maaf la memang nan hado lah baju-baju nya pun. Tapi fikirkan kesungguhan makcik-makcik nih tak akan lah nak menghampakan mereka pulak kan?? orang dok beria untuk kita kan so appreciate sikit lah dgn karya hasil mereka ni bila kita pun cari la baju yang molek sikit. hehhe

makeup sendiri 😍😍

Makan minum memang kami ambil catering je. Sebab semua orang tak nak berkecah dapur. Pertama kali dalam sejarah tau untuk majlis simple begini kami ambil catering. Selalunya kami akan excited untuk masak sendiri je. 


E-day 💓

Dalam penantian tu jantung berdebar-debar (ecennn) haahah macam lah nak bernikah. Rombongan pihak lelaki tiba dan mula lah sesi perbincangan kedua belah pihak. Cik Nurul ni menunggu di bilik. 
Sampailah namaku diseru! Hahaha! Cincin disarung oleh bakal mak mertua hehhe~ Alhamdulillah!! 


 masa perbincangan

 keluarga encik tunang







Keluarga cik nurul - sebahagian yang ada



with my alya damia & alya amanda

olololo

DIY jugekkk

Done E-Day #nurif 💗💗

Budget Majlis Pertunangan E-Day

Dibawah ni cik nurul kongsikan perbelanjaan bagi majlis pertunangan. Seeloknya kalau ada saudara mara yang ada dulang tu just pinjam-pinjam je tapi saudara mara cik nurul pun sbb dah lama x ada majlis makanya dulang nya pun dah rosak. Sekarang pun dah ada perkhidmatan sewa dulang hantaran siap gubahan. Boleh visit laman web Carousell juga untuk sevei-sevei dulang hantaran. Lebih jimat masa dan duittt!!




No comments:

Post a Comment