Monday 22 June 2015

Tempoyak Pucuk Kayu a.k.a Tempoyak Pucuk Ubi


Alhamdulillah... Hari ini dah masuk hari ke enam kita berpuasa... Semalam sampai kerumah dah kul 6.30ptg... Punya lah berkejar-kejar.. Terfikir-fikir lagi tu nak masak ape... Buka peti ais tengok ada pucuk ubi, petai dan tempoyak!! ok ngammm!! Bergegassss zasss masak nasi, keluarkan ikan jacket dan sediakan bahan.. Jummm nurul nak kongsi resepi masak Tempoyak ni...

Tempoyak Pucuk Kayu (Tempoyak Pucuk Ubi)
Resepi: Nurul

Bahan-Bahan:

1 Ikat Pucuk Ubi (Dihiris halus)
2 Papan Petai (ambil isi dan di hiris)
1 helai daun kunyit (dihiris)
3 Sudu Besar Tempoyak
10 ekor bilis yang dibersihkan
1 mangkuk santan pekat
Sedikit garam dan gula

Bahan Blender:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili api kampung
2 biji (2inch) kunyit hidup
2 batang serai dihiris

Cara-cara:-

1.  Pucuk ubi, petai, daun kunyit di bersihkan dan di hiris. Kemudian masukkan bahan hiris bersama ikan bilis kedalam periuk.
2. Bahan-bahan blender di atas tu nurul blend sekali dgn santan. Sebab nurul ni suka kuah yang pekat. Kemudian bila dah blend, boleh masukkan kedalam periuk tadi. Jangan lupa bahan utama, tempoyak. Sila gaul rata ya.
3.  Periuk tadi kini boleh di letakkan di atas dapur dan boleh la dinyalakan api.
4.  Masak sehingga mendidih dan sayur agak nak masak tu boleh perasakan dengan garam dan gula. Tetapi dah bulan puasa ni so nurul pun agak2 je laa garam dan gula tu. Tempoyak yang ada rasa masam nurul akan tambah sedikit gula sebagai pembangkit rasa. so balance la di situ... masam manis masin... tapi jangan banyak sangat gula nya kang manis x sedap plak.. nurulll jugak yang disalahkan.. hehehe...
5.  Bila dah masak sayur ni bolehlah tutup api dan dihidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba!!

Menu berbuka hari ni cukup lah sekadar ikan goreng dimakan bersama masak tempoyak ni. Alhamdulillah rezeki kan.. Sedap je tekak ni makan.. berselera walaupun berbuka sengsorang.. ok la smpi cni entry nurul okayh...


No comments:

Post a Comment